Pages

Saturday, June 9, 2012

post it note


Sehingga kini, kita masih sangat-sangat struggle dengan kehidupan bersandarkan kerana Allah semata-mata.

Membaiki diri dari satu tahap ke satu tahap, membuang jahiliyyah-jahiliyyah kita, juga membaiki amal-amal kita yang ada naik dan turunnya.

semua itu memerlukan mujahadah. bukan kecil, tetapi sangat besar.

apalah nak dibandingkan dengan usaha-usaha kita yang terlalu sedikit dengan kasih sayang Allah yang memberikan hambaNya syurga di akhirat nanti.

Buka Hati


kadang-kadang kita terlupa dalam usaha membina manusia, untuk berusaha membuka hati-hati mereka terlebih dahulu.

bila hati sudah terbuka, segalanya akan dipandang dengan neraca Allah, menerima apa jua bentuk tarbiyyah yang mendekatkan diri kepada Allah.

but anyhow, it really needs mujahadah. 
bukan mudah ye nak menyentuh hati manusia. 

apa-apa pun, aku benar-benar yaqin dengan ketetapan yang Allah berikan buatku. sudah pastinya yang terbaik.

biarlah, meskipun seluruh umat manusia mungkin seakan tidak benar-benar memahami apa yang kita perjuangkan ini, yaqinlah Allah sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan sabar.

Beramal mengikut kefahaman

kadang-kadang, dalam dunia tarbiyyah dan da'wah ini, kita terlalu menginginkan sesuatu yang ideal, yang memuaskan kehendak dan iradah kita.

sentiasa ingin diisi dengan taujih-taujih yang meningkatkan kefahaman2 kita, dan juga amal-amal kita.
mahupun, naqib/naqibah yang berjiwa super murobbi yang bisa mengubah keadaan diri kita menjadi lebih baik.

akan tetapi, hakikatnya, bak kata pepatah, dunia tak seindah yang kita sangka kan. begitu juga dengan jalan da'wah dan tarbiyyah ini.

rasulullah saat menghadapi fasa2 genting berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi,
akan tetapi, tidak semua wahyu dari Allah turun pada satu masa.
beliau beramal dengan wahyu yang dikurniakan pada beliau waktu itu.
samalah seperti kita, beramal mengikut apa yang peroleh, dan fahami.
walaupun kita tak diisi dengan banyak conference-conference riang sekalipun, apa yang kita dapat dan fahami itulah yang kita terjemahkan kepada amalan.


hingga kini, masih lagi merasai fasa da'wah di makkah 
ya Allah , thabatkan kami untuk tetap menjadi salah seorang dari qaedah sulbah pilihanMu. 
usrah - usrah kita, program2 tarbiyyah kita bukan hanya setakat duduk dan dengar, tetapi medan membina rijal-rijal agama Allah. 



some random thoughts


No comments: