Pages

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

my love

"jaga amalan taw insyaAllah ok" (abah)


"mama selalu doakan kakak"


fuh. di saat-saat ini kata2 nasihat dari mama dan abah selalu terngiang-ngiang di benak hati.
Lagi-lagi bila bertadabbur sendirian akan ayat-ayat berkisar tentang ibu bapa.


Allah, kuatkan kami. redhailah dan berkatilah perjalanan hidup kedua ibu bapa kami. Kau kurniakan mereka syurgaMu yang tertinggi buat mereka. 

Aku cukup tersentuh akan kata2 dr T (tengku shaharom) di fb bila dia comment link yang anak dia share di profile beliau.

"Jazkillah khair anakku yang amat Abah rindui dan kasihi. Hadiah yang Abah pohon hanyalah agar Sumayyah Shahrom menjadi mukminah solehah yang membantu memudahkan perjalanan Abah ke syurga Allah."

***

I always pretend to be strong in front of my mum and dad.
but a child is always a child. 
a girl is always a girl.
and... 
a woman is always a woman (err. too matured isn't? :P

Friday, March 9, 2012

a note



Ya Allah,
jadikan hati hati kami tetap thabat dan istiqamah beriman kepada Mu.

Banyak benda yang berlaku dalam kehidupan,
blaming myself, sebab tak mampu nak coretkan apa2 kat sini.

1) lately Allah banyak kali nak test kita ni ikhlas ke tak. In each and every action. Memang payah, tapi insyaAllah kemanisan itu tetap ada. subhanaAllah. Meletakkan Allah dalam SEMUA benda. T_T
2) kadang-kadang kita ini terlalu letak banyak EXPECTATION. padahal expectation itu tak patut ada, sebab everything is done lillahita'ala. Dia saja yang berhak mentaqdirkan apa jua pon.
3) kita ni bawa orang kepada da'wah, or kepada islam? very reflective T_T. da'wah itu is a part of islam. this needs extended explanation :D hee)
4) sikap diri sendiri, akhlaq diri sendiri banyak sangat kena improve.
4) kalau tak fikir benda-benda besar hidup ini akan dikaburi dengan benda-benda kecil yang sangat menyesakkan jiwa
5) jangan pernah mengalah, teruskan berjuang, fight for everything. for your own tarbiyyah! dalam apa jua keadaan pun
6) jangan nak selalu sangat rasa down2 sebab Rasulullah dulu lagi hebat ujian, jiwa sangat kental, sebab iman sangat mendalam, yaqin Allah akan tolong, dan Allah sentiasa ada
7) jom betol-betol kukuhkan basic2 kita, kuatkan kefahaman kita. (e.g: buku dasar2 islam, asas2 islam, raheeq makhtum, islam yang mesti difahami, salah faham terhadap islam, maza  ya'ni) wah. byk nih.
"buku-buku basic pon tak abis katam, camna nak balik malaysia?"
8) belajar membina manusia dengan kasih sayang. huuuuuuuuuu. tarbiyyah nya T_T

everyone please hold tight to the rope of Allah. insyaAllah

lovely night,
100 Zealand Road,
Canterbury, Uk

Friday, January 20, 2012

Di Hati

Mungkin la post ni sangat laaah tak tarbawi.

Cuma nk cakap, terima kasih Allah atas ni'matMu yang tidak putus-putus.
Setiap tarbiyyahMu sangat mengesankan ku.

Sungguh, dalam da'wahMu ini aku menemui cintaMu.

Alhamdulillah.

Sungguh, hari hari di UK ini sangat membina diri aku. Alhamdulillah.

Aku hadiahkan sebuah lagu, yang sangat membentuk perasaanku untuk cinta akan da'wah dan tarbiyyah!
Lagu yang sering kakak2 dengarkan sewaktu konsferen2 riang di Malaysia di  langkah2 awal ku dalam jalanNya :)



Teruskan mencari kemanisan kemanisan da'wah dan tarbiyyah ini hingga kita bertemu Allah T.T
Moga kita sama2 syahid di jalanNya. 

Saturday, December 31, 2011

Tunduk

Da'wah kita adalah cinta dan kasih sayang.
Selalu bermain di kotak kehidupan kita.

Akan tetapi
Hari ini ...
aku belajar sebuah makna dan erti baru dalam kasih dan sayang lillahi ta'ala.

*

ayuh, teruslah melihat orang lain dengan pandangan kasih sayang serta mendoakan mereka.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah atas tarbiyyahMu.
Menundukkan jiwa dan keegoan diri. 

Wednesday, November 23, 2011

2 Perkara

Ada dua perasaan, revolve around the similar thing. 

Situasi 1 : 

Sewaktu naik tube london, di saat semua orang tengah duduk2 dalam tube tu, 
ada seorang mat salleh, dengan berani dan punya 'hamasah' dan 'himmah yang tinggi', 
sangat merayu2 pada semua org di sekeliling, n semua orang senyap n dengar. 

"Please, listen to me. Although I'm not really ..
But, please, you need saviour. Believe in Jesus etc etc. Jesus is .. "

Serious terharu. Terharu camna? terharu tengok cara dia berda'wah untuk agama kristian. 
Hebat. Kalau kita pon tak mampu nak berdiri di tengah2 crowd, dalam tube @ lrt klo kat msia,
untuk cerita pasal islam. Ada berani?
Even kalau kat msia yang ramai orang islam pon belum tentu kita berani. 
Selalu kat UK, memang biasa ada 'ceramah'2 kristian, kt town paling biasa tp this time kt dlm tube y first time sy jumpa. 

Ayuh, giga kan da'wah islam kita!

Situasi 2 : 

Di sekolah. Kanak2 year 3 kena perform kinda play for their Christmas.
Memang comel melihat mereka menyanyi2 dengan accent British. Comel!
Tapi dalam masa y sama, 
rasa macam nak nangis, bila tengok dorang nyanyi lagu berkenaan Jesus
Ada 7 songs, and most of the songs revolve around Jesus and their religion. 

Rasa sedih sangat2, kanak2 umur 7 tahun, diperbuat camtu. 
Terfikir, kalau kanak2 ini dicorakkan dengan islam, sudah pastinya mereka boleh jadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fatih, Tariq Ziyad, Salahuddin Al-Ayubi. 

7 tahun. Jiwa yang mentah, perlunya pencorak untuk mewarnai hidup mereka. 
Pada saat ini, kanak2 akan mengikut je apa yang dipelajari di sekeliling mereka. 
Rasa sangat-sangat sedih kerana mereka tak dapat pun keni'matan islam tu. 

But who knows, Allah is the best planner. 
IAllah, pray hard. 

***
The question is, 
Adakah kita sudah benar-benar membina batu - bata yang dashyat untuk membantu membangkitkan islam di atas muka bumi?
Yaqinlah, sinar islam itu pasti kembali meski kita tak dapat melihat semua itu di depan mata kita. 

Monday, November 14, 2011

8 tahun



Di Sandgate primary school (folkstone, UK),
sekolah yang sy wajib pergi untuk salah satu module kami.

Which saya di dedahkan dengan sistem pendidikan di UK.

Ada satu kelas year 4 y sy perlu observe,

dalam keramaian anak mat2 salleh, ada juga seorang yang muslim, berasal dr iran.

Dan setiap kali sy masuk kelas tu,

antara soalan wajib ditanya oleh kanak2 y bernama milad tu,

"are you muslim? "

mungkin sebab 'terharu' tengok org memakai tudung di dalam circle and environment nya yang begitu 'british'.
tapi sangat respect, kecik2 dah aware nak tanya org lain  adakah kita ini muslim.

lantas saya menanyakan kepada diri,

saat aku berumur 8 tahun, sejauh mana islam sudah berada dalam hati ku?
adakah kita masih disibukkan dengan permainan hide and seek, guli, basikal dan lain2 lagi?

Moga kita dapat melahirkan generasi seperti generasi palestina! iAllah.

dan sudah pastinya,

bermula dari

kita.

ya kita

:)

p/s- tak sabar nak masuk sekolah menengah pula 

100 Zealand Road, 
Canterbury, Kent, Uk

Tuesday, September 20, 2011

Back to Him

Terlalu banyak perkara yang berlaku.

Semakin kita lama dalam jalan ini,
betapa kita sangat meyaqini, hidayah itu hanya datang dari Allah.

Kembali pada Allah,

Moga kita diberi petunjuk iAllah.

Mana - mana tempat pon macam - macam masalah da'wah ada.

Dari soal pembinaan murobbi, mutarabbi, waqi', dan macam - macam lgi masalah.

Memerlukan hidayah Allah untuk betul - betul menganalisa dan berfikir untuk kebaikan da'wah ini.

Put everything into plan n action!

Moga terus diberi kekuatan iAllah, jangan lupa doa byk2.

kadang2 tak semua benda kita boleh express dalam blog, but kita doakan diri - diri kita semua terus istiqamah menapaki jalan da'wah ini iAllah. 
jalan yang tak pernah ade carpet merah. 


sy dah nak balik uk lagi 2 hari, iAllah. doakan.
berdebar. 
perlu bina momentum dan kekuatan.
banyak benda kena buat! 


post ni sgt random, 
doakan dpt menulis ngan lebih baik!

Monday, September 5, 2011

Alkisah raya

Seminggu sudah ramadhan berlalu.
Momentum sedang berusaha untuk maintain dan meningkat, even selalu juga jatuh.

Sekarang semua tengah mood raya lagi kot? Ke tak. Even tengah raya tapi hati dan perasaan kita masih rancak di dalam ruh da'wah dan tarbiyyah. insyaAllah.
Dalam raya2 ni, apa macam amal2 kita? amal da'wah kita? amal fardi kita?
Kadang-kadang seriously boleh cairrrrr dek raya.

Sepanjang raya, apa ibrah yang kita dapat? moga tak menjadi follow the flow, tetapi menjadi pencorak the flow.
Satu perkara besar yang saya peroleh sepanjang minggu raya is,
mengenali masyarakat kita, cara hidup dan cara berfikir dan memandang sebuah kehidupan.
somehow, nampak cliche tapi perkara - perkara ini yang menjadi pusat hidup masyarakat.
diri yang bukan berasal dari family ikhwah, so I face some different approaches and views.

perkara - perkara yang akan pada kebiasaannya menjadi hot topics ketika proses ziarah menziarah,

kisah sanak saudara,
kisah anak-anak,
pelajarannya,
kahwin nya bila,
pekerjaan..

and the list goes on.

masyarakat akan memandang, kalau dah bekerja dan berkahwin, kira macam dah 'selamat'.
ada menantu, keluarga mertua, keluarga besan and so on.
pastu hidup berkeluarga, ada anak-anak, anak2 belajar, dan seterus seterusnya.

Oh! sangat robot.

Kita yang meyaqini risalah da'wah islamiyyah ini.
Membina individu-individu muslim, baitul muslim dan seterus-seterusnya, hingga boleh mencapai ustaziyatul a'lam,
peranan kita menjadi abid dan khalifah menegakkan agama Allah.

dengan kefahaman ini kita hidup dan membina kehidupan yang berhubung terus dengan Allah,
memahami hakikat penciptaan hidup kita di dunia.
melihat masyarakat yang masih lagi jauh dengan islam yang sebenar, dengan sentuhan da'wah dan tarbiyyah jua.

dan sudah semestinya, by the time kita melewati zaman bekerja dan berkahwin, sudah pasti 'gaya hidup' kita mungkin sedikit lain dengan cara hidup masyarakat,
saat itu diri-diri kita sudah pastinya di uji.
mungkin masa belajar, kita belum betul-betul teruji untuk terus thabat dan istiqamah dalam jalan da'wah ini.

*


Alkisah sebuah dialog biasa ibu bapa yang menghantar anak-anak nya sambung belajar.
(hanya rekaan)

ibu ayah: adik, belajar betul - betul tu, medic susah, belajar ngan kawan-kawan bilik.


adik: baik! (sambil muka tersenyum)


ibu ayah: exam buat betul-betul. kalau boleh score ye? doa banyak2, sembahyang jangan tinggal. 

another version

ibu ayah: adik, belajar betul-betul, belajar itu juga da'wah. jangan tinggal usrah. 


adik: baik! (sambil muka tersenyum)


ibu ayah: jaga tarbiyyah diri dan kawan-kawan, cater dorang k. 


*

aku bersyukur atas nikmat hidayahMu dan tarbiyyahMu.

sangat meyaqini, hanya dengan hidayah dan tarbiyyahNya, seorang manusia itu boleh berubah dengan kefahaman.

*

kerja da'wah masih banyak!



(minta maaf atas kekasaran bahasa atau apa-apa, 
ini cara berfikir saya dan bagaimana saya melihat kehidupan)

Monday, August 29, 2011

salam lebaran :)

salam ramadhan dan salam lebaran buat yang di malaysia dan di perantauan.
maaf zahir dan batin,
Moga amal kita diterima Allah dan jadi navigator for the rest of the months.
dan sudah pastinya kita sedar momentum diri, k'slow'an dan kelajuan amal kita dalam bulan ramadhan ini.
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Astaghfirllah! (sayuuuuu :(

Ayuh, terus mencari hikmah dalam sebuah kehidupan.
Kehidupan yang akhirnya bertemu Allah.
JOM terus mendarah dagingkan ruh da'wah dan tarbiyyah dalam jiwa dan sekeliling kita.

nanti ni ziarah - ziarah sedara mara sahabat handai, moga tak cair iman, malah cuba percikkan sebanyakkan mungkin islam di mana jua kita berada.

p/s - tak nak cakap banyak sangat sebab diri sendiri pon sedang berusaha nk stabilkan imannnnn. hu. doakan!



(my favourite raya song ever :)

Friday, August 19, 2011

Astaghfirllah

Astaghfirllah3. A big reflection. 


Mana mungkin diri yang tak terbina, kuat untuk membina? 


Allah, hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. 


Engkau sajalah yang memahami dan mengerti keadaan diri. 


Engkau masih memegang hati hati ini saat kita jatuh. 


Fullstop. 


Meski mungkin kita terlepas program2 tarbiyyah yang membina, 
Jangan down, dan teruskan pecutan kita! 
Jaga mutaba'ah amal, baca buku, dengar recording, mantapkan tarbiyyah dzatiyyah kita, contact sisters and the lists go on. 


Summer ini panas, panaskan diri kita n sampai UK boleh pecut!!


Kerna hakikat daie itu sentiasa bergerak!

Monday, July 18, 2011

two hearts

Air mata seringkali mengalir saat aku bersolat bersama ibu atau bapa atau kedua-dua ibu bapa ku sendiri.

Sebak. 

Refleksi. 

Sejauh mana kita ini dapat bersama-sama ibu bapa kita sendiri di syurga Allah. 

AllahuAllah.

Dan berilah peringan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (Asy-Syu'ara', 26:214)

Mak ayah kita sendiri, mad'u kita yang tak perlu dicari dan dikejar-kejar. 
Ada di depan mata kita saja. 
Gunakan skills terbaik untuk menda'wahi kaum keluarga kita sendiri insyaAllah.
Ibu bapa kita mahukan yang terbaik buat kita, walaupun mungkin ada dalam kalangan mereka agak kurang memahami kerja - kerja kita yang kita tanggungi. 
Dan diri kita sendiri perlu lebih memahami diri - diri mereka. 

Even seerah itu membuktikan da'wah Rasulullah itu pada awalnya disampaikan kepada isteri baginda sendiri juga kaum keluarga terdekat. 
Kadangkala kita ini terlalu mengejarkan mad'u di sekeliling kita, circle of friends kita, berbanding ibu bapa dan ahli keluarga kita sendiri. 

Moga kita sama-sama doakan, mereka dapat bersama-sama dalam gerabak da'wah ini, menyertai gerombolan kita insyaAllah. 
Kalaupun tidak di dunia, moga ada tempat mereka di syurga. 
Jangan berhenti mendoakan untuk mereka. insyaAllah


eh! sory la eh terbuat entry  yang touching moching.  :P
buat yg x balik msia jangan sedih. 
Doa ada sbgi penghubung kita iAllah!

the. mistake

Sesungguhnya, ujian itu sangat perit untuk ditelani. 
Biarpun pada mata orang lain, ia ibarat seperti angin yang dipukul bayu. 
Perit pedih, sebak dan sedih. 

Allahu rabbul jalil. Dia saja Maha yang mengetahui.
Tatkala aku sangat memberontak untuk diisi dengan tarbiyyahMu, ada beberapa keadaan yang menghalang.
yang aku kira, halangan - halangan itu mungkin disebabkan dosa-dosa aku sendiri. 
Betapa Engkau ingin menyucikan hati - hati yang ingin menyertai kafilah da'wah ini
Da'wahMu ini terlalu suci ya Allah. 
Meruntun segala pengorbanan jiwa, dan kekuatan yang kadangkala sangat sukar untuk ditemui. 

Allahu Allah. 
hadirnya iman  itu untuk menstabilkan semua keadaan.
Biar kita ini diuji dengan ujianNya, tanpa mengira keadaan dan situasi. 
Ujian ujian itu juga mematangkan kita. Membina pandangan positif terhadap Allah.
Dia yang mengatur segalanya. 
Perlunya kerja keras lagi untuk menghadapi medan manusia, yang punya perasaan, pandangan, dan pegangan juga prinsip. 

Kita ini punya misi yang agung ingin menyertai rombongan da'wah yang hanya denganNya, islam ini akan menang. 
Aku melihat keadaan diriku sendiri di waqi' malaysia ini, 
aku perlu tegar, dan kuat untuk menongkah ujian - ujian yang wajib aku lalui. 
Tak perlu lembik - lembik, tak nak ubah pattern diri untuk kebaikan islam, da'wah dan tarbiyyah itu sendiri.
Masakan kita ini sangat membutuhkan da'wah yang mulia ini. 
Saat aku merasai aku ini sangat kurang mujahadahnya, saat itulah aku perlu bangkit, 
tidak perlu menyalahkan keadaan, manusia dan segala, tetapi soal-lah dirimu itu sendiri untuk memperbaiki keadaan yang ada. 

Kita perlu belajar dari kisah terdahulu, 
Aku tidak ingin menjadi seperti kaab bin malik, yang tertinggal untuk menyertai medan jihad tanpa sebarang alasan yang kukuh. 

Allah punca kekuatan.
Allah, murnikan hati ini kembali dengan percikan hidayahMu. 
Hadirkan semula kekuatan - kekuatan itu ya Allah. 
Manfaatkan kehadiran kami di atas muka bumi kepada ummat manusia ya Allah. 
Aku sangat membutuhkan kekuatan, keredhaanMu dalam setiap gerak langkah. 
Aku tidak ingin tertinggal dari siri - siri 'peperangan' yang engkau designkan pada kami ya Allah. 

dan Ramadhan itu makin menghampiri. 
Ramadhan, berilah aku merasai ruh ramadhan yang mulia itu ya Allah.

Wednesday, July 13, 2011

turning point

This.
is the turning point.

Allah, you know while we do not know (2:216)

Tarbiyyah besar dlm masa 5 jam.
Walaupun hanya di jaringan skrin!

Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Kerana da'wah ini lebih membutuhkan kader-kader yang sejati, 
untuk itu aku rela berkorban!

Wednesday, July 6, 2011

the dream woman!


MasyaAllah.

Allah mengajari aku sesuatu perkara yang sangat besar hari ini.

Berusaha menjadi sahabat sahabiah zaman rasulullah.

Terutama para sahabat wanita.
Naluri ku sebagai seorang perempuan dan wanita juga sangat tersentuh!

Mode: berusaha mendalami, mengimani dan mengamalkan seerah - buku kehidupan kita.

Aku juga ingin menjadi wanita yang hebat di bawah pandangan Allah!
Doakan!

Kerna banyak keputusan-keputusan besar yang perlu dibuat dalam hidup kita.

Sunday, July 3, 2011

Off to !

Off to Malaysia.
10 a.m - 3rd of July

p/s - dear UK, you are awesome!

Terima kasih Allah atas segala tarbiyyahMu.

Mendidik aku menjadi seorang muslim, a'bid, khalifah, dan da'ie.

Dear Malaysia,

Sebuah ujian sepanjang cuti summer!

Kita tak da cuti ye?
Muslim full-time.

Banyak hak-hak perlu ditunaikan, da'wah family, tanggungjawab yang tak pernah habis etc etc.

Menyusun atur sebuah kehidupan.

Moga summer ini sebuah perjalanan tarbiyyah terindah buatku!
dan untuk kamu jua.

Allah, please, permudahkan!

Bidayah sohihah!
(Permulaan yang baik)

p/s- LIKE.
- tak perlu cakap banyak - banyak, biarlah a'mal kita yang menentukan siapa kita.
- if you are not the solution, you are the problem!

Thursday, June 30, 2011

i believe


iman :)

iman itu keyakinan.

I believe.

Thursday, June 23, 2011

The best gift

Sebuah pengorbanan yang dibayar oleh Allah.

At least, sangat besar buat diri sendiri.

Adakala kita perlu menunggu bertahun - tahun, untuk mendapat sebuah keni'matan.

Allah mengajari kita untuk berkorban dan bersabar.

p/s- off to summer camp uk!

Monday, June 20, 2011

few things

1) da'wah itu luas. ramai lagi kaum keluarga dan kengkawan kita (read: gang bas sekolah dari kecil hingga sekarang) yang tak rasai ke'best'an islam seperti yang kita rasai ini.

2) facebook itu umum, kongsikan perkara umum kepada yang umum, agar lebih ramai memperoleh manfaat. jangan syok sendiri.

3) manusia itu pelbagai. pendapat pon bermacam. sungguh, saya byk belajar sesuatu yang besar hari ini.

4) kena kuasai banyak benda lagi. banyaaaaaaaaaaaaak sangat benda tak tahu.

5) daie, hati perlu sensitif. kefahaman perlu jelas. ikhtilat kena jaga kot!

6) Allah mengajar aku bersabar. tak semua alami apa yang kita alami.

Tuesday, May 31, 2011

of mixture

Mana mungkin hati yang dipenuhi dengan cinta Allah, dicemari dengan kotoran dan debu.

Mana mungkin, air dan udara bisa bergabung di dalam sebuah gelas.

Dan ternyata, jahiliyyah itu tetap jahiliyyah, islam itu tetap islam,

tidak pernah sekali tercampur.

*

Terlalu banyak perkara-perkara yang lebih besar untuk diberi perhatian, berbanding hal kecil dan remeh ini.

Justeru, mana mungkin Saidina Umar lebih bimbangkan dosa - dosa ahli tentera perang, berbanding kekuatan dan perancangan musuh.

Noktah.

Nilai redha Allah dan syurga itu terlalu mahal untuk dipertaruhkan!

Allah mengajarkanku erti tajarrud dan pengorbanan.

Monday, May 30, 2011

base


kadang-kadang kita tak sangka,
orang-orang yang sangat susah untuk kita sentuh hati-hati mereka dengan islam pada satu ketika dulu,
dengan izinNya, boleh bertukar degree sehingga 360 darjah.

dan sudah pasti,
perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang kita fikirkan.
Sungguh perancangan manusia itu sangat terbatas.

teruslah dalam memberi kesan dan makna dalam hidup orang lain.
semestinya kita sedang membina batu bata asas dalam dirinya,
meski rumah siap dibina dalam masa berpuluh tahun.

slowly but surely