Pages

Showing posts with label da'wah tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label da'wah tarbiyyah. Show all posts

Monday, April 30, 2012

rasa dan yaqin

Sesungguhnya,

dalam jalan tarbiyyah ini tidak menunggu orang-orang yang pengecut,
tidak yaqin diri, selalu lemah semangat, selalu  bagi alasan dan selalu apa-apa aja lagi

siapa kita nak cakap kita tidak mampu sedang Allah itu punca segala kekuatan?

tsiqah lah pada Allah,  dan tsiqah pada diri sendiri.

hakikat jalan tarbiyyah ini, kita perlu dibentangkan dengan jalan-jalan amal yang membuatkan kita belajar sesuatu.
bukan setakat hanya duduk-duduk berbulatan gembira dan iman melonjak tatkala mendengar butiran-butiran berharga yang keluar dari mulut murabbi tetapi amal nya kosong.
amal fardhi, juga amal-amal tugas khalifah kita.

jalan-jalan amal ini tiada siapa boleh bagi kecuali yang sudah Allah taqdirkan buat kita.
tugas kita hanya mohon sungguh2 pada Dia akan diberikan jalan yang terbaik menuju Nya.

hakikat Rasulullah pada wahyu peringkat awal lagi sudah diturunkan perintah QUMFAANZIR.

muhasabah baru - baru ini,

adakala yang membuatkan kita tidak nampak apa sebenarnya kita nak capai,
ataupun ke mana sebenarnya jalan da'wah ini membawa kita,

adalah disebabkan kita tak lagi dapat RASA dan YAQIN apa sebenarnya islam ini datang untuk mengubah dunia seisinya termasuk orang-orang di dalam nya

kita masih tidak lagi RASA dan YAQIN akan islam , tarbiyyah dan da'wah yang kita  bawa kan ini mampu memberi solution kepada semua benda.

kita masih lagi tidak rasa dan yaqin yang kerja - kerja dari bawah ini, kerja membina manusia ini membawa kepada tertegak nya khilafah islam,

kita tidak lagi RASA dan YAQIN, kerja-kerja kita sebenarnya adalah apa yang Allah perintahkan dalam quran,

ataupun, kita masih lagi tidak rasa dan yaqin dengan RUH al quran itu sendiri yang bisaaa saja menolak seseorang untuk berbuat melebihi apa yang dia sanggupi.

dan dari RASA dan YAQIN ini membuahkan faham dan seterus-terusnya (ikhlas, amal, pengorbanan etc)

bagiku, apa bila sudah punya RASA dan YAQIN akan jalan ini, insyaAllah akan mudahkan jalan untuk kita mendapat tarbiyyah seluas-luasnya dari Allah

dan nak dapat RASA dan YAQIN, kita perlu lah menerjunkan diri kita dalam medan amal
be it apa2, membawa usrah (membina manusia), berda'wah fardiyyah dengan mad'u, berjumpa dengan sisters, berada di biah solehah, bermuayasyah dengan orang - orang lain, membaca buku dan banyak sangat2 lagi yang menumbuhkan RASA dalam diri.

kdg2 RASA ini yang susah nak dapat, lagi-lagi kat luar negara ni. ada tempat yang tak banyak pon akhawwat, x ramai pon cakap2 pasal da'wah, kena kuatkan diri sendiri untuk terus buat da'wah. daurah pon hanya sekali sekala, kalau t'misss ya Allah sangat susah nak dapat lagi.

so jangan rugi kan diri sendiri untuk tak mujadahah grab tarbiyyah, nanti takut tak sejahtera pembentukkan nya T_T nasihat diri sendiri.

RASA dan YAQIN itu asasnya dari iman,

nyata, tepuk dada tanya iman.

Wednesday, March 21, 2012

Al-Insan

Al-Insan
Al-Insan maksudnya manusia. 
Special Allah turunkan surah ini untuk kita. 

Antara gist:
1) Manusia, asal usul manusia. Hubungan manusia dan alam. 
2) Perencanaan Allah
3) Ganjaran syurga 
4) Perjuangan Rasulullah
5) Pujukan Allah untuk kembali kepada Nya

Kalau kita benar-benar mengimani al quran, 
tak perlu di syarahkan kepada kita berkali-kali pengisian Syahadatul Haq yang dikatakan berjaya menukar paradigm manusia.
Cukuplah ayat-ayat Allah itu berbekas di hati manusia dan meneguhkan aqeedah kita.
Dengan iman yang mendalam dan kuat pada al-quran, kalau tak dapat pengisian SH pon, kita rasa nk buat da'wah dan amar ma'ruf nahi mungkar. Allahuakbar.

Islam itu tidak susah,
Apa-apa yang selain islam itu lebih susah sebenarnya. 

(rujukan tafseer zilal dan tafseer al maududi)

Tuesday, March 13, 2012

Aku dan panduan

"Aku berhenti menjadikan diriku watak utama 'kebaikan' dalam artikelku di alam maya,
kerana aku mahu manusia menjadikan pengajaran yang aku sampaikan sebagai panduan,
dan bukan aku sebagai panduan." (Hilal Asyraf)



di alam maya atau di alam realiti sekali pun, bukan 'aku' sebagai 'panduan',
tetapi 'pengajaran' yang disampaikan.


deep thoughts. terutama dalam kerja-kerja kita mentarbiyyah dan ditarbiyyah.

Monday, February 13, 2012

Tapisan


Belajar di atas jalan da'wah merupakan satu ni'mat, rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga dari Allah. Orang-orang yang berada di atas jalan da'wah bukanlah terdiri daripada orang yang perfect dari segala sudut,
tetapi orang-orang yang ingin memperbaiki diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik kerana Allah.

Satu reflection besar yang baru ku peroleh,
Kadang-kadang kita terlalu menginginkan anak2 binaan kita untuk menjadi sekian dan sekian, tanpa benar-benar memahami tabi'at manusia itu sendiri.
Memahami keadaan, perasaan, hati, fikiran, fikiran dan seluruh hidupnya selaku hamba dan khalifah di atas muka bumi.
Adakala kita cukup sedih, runsing memikirkan pengembangan dan peningkatan anak-anak binaan kita yang dikatakan 'kurang menjadi' ataupun, atau masih lagi berada dalam fasa 'persiapan' untuk menjadi qaedah sulbah. ataupun anak binaan yang sedang kita bina tsiqah dan sebagainya.

Teruslah bersyukur akan ni'mat-ni'mat masalah yang diberikan pada kita.
Memandang masalah dengan neraca iman (Sayyid Qutb, petunjuk sepanjang jalan) sudah pastinya membuahkan satu perasaan bahagia terhadap ketetapan Allah.
Meningkatkan kualiti usaha dan tawakkal kita kepada Allah azza wajalla.
Bermacam-macam method dan qaedah yang kita gunakan untuk melakukan yang terbaik untuk da'wah ini.
Menajamkan fikrah anak-anak binaan kita dengan hasrat yang begitu suci dan murni ingin membawa jiwa-jiwa mereka untuk turut sama merasai bebanan da'wah ini.
Juga memperjuangkan fikrah yang begitu bersih ini, hasil cedokan dari al quran dan as sunnah.

Ya, disebalik terlalu banyak masalah-masalah yang melanda, yakinlah bahawa hakikat kehidupan ini benar-benar mempertaruhkan hanya diri kita dan Allah.
Apa jua bentuk da'wah dan kebaikan yang kita lakukan sebenarnya dikembalikan kepada kita sendiri.
Benar firman Allah,
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugiaan kejahatan) itu untuk dirimu sendiri... " (Al-Isra', 17:7)

Pabila kita cukup yaqin, bahawa kita memang tidak bisa, bahkan tidak punya apa pun untuk menentukan taqdir-taqdir, terbangun dan terjatuhnya da'wah islam ini.

"Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti" (Yunus, 10:100)


Tetapi dengan kehendak Nya jua islam itu bisa tertegak, Allah hanya mahukan usaha kita sesungguh-sungguhnya mengembeleng seluruh hidup kita untuk islam insyaAllah
Tunduk nya hati kita, takutnya perasaa kita, tinggi nya tawakkal kita, beriman nya hati kita akan ayat-ayat Allah pada setiap masa. inilah bekalan-bekalan kita di sepanjang jalan da'wah yang tidak pernah suci dari ujian dari Allah.  subhanaAllah
Jadi apabila masalah-masalah da'wah itu berlaku dalam hidup kita, berkat kekuatan dari Allah, kita bisa menghadapinya dengan jiwa yang tenang.

Sungguh Allah itu motivasi terbaik. Bicara dan kalam Allah yang begitu menyejukkan kalbu kita.
Teruja nya diri kita untuk menjadi ahlul syurga Allah. Ahli syurga yang sentiasa memuji-memuji Allah di syurga yang penuh kenikmatan.

"Doa mereka di dalamnya (syurga) ialah, 'Subhanakallahumma' (Maha suci Engkau, ya Tuhan kami) dan salam penghormatan mereka ialah, 'Salam' (salam sejahtera). Dan penutup du'a mereka ialah 'Alhamdulillah Rabbil 'alamin' (Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam) (Yunus, 10: 10)

Apa yang kita perlu buat, teruskan belajar dalam membina manusia.
Lagi banyak manusia yang kita sentuh, lagi banyak yang kita belajar.
Medan-medan amal yang sudah pastinya setiap dari itu menghadiahkan tarbiyyah bermakna buat kita.
Kita yang perlu muhasabah sesungguh-sungguhnya. Muhasabah akan iman kita, amal kita, kefahaman kita, kesungguhan kita, dan banyakkkk lagi.
Jom semaikan jiwa khidmat dalam peribadi kita.

Fokus dalam membina manusia. Bina circle of influence kita.
Target siapa yang ingin kita bina sungguh-sungguh. Susun target-target yang ingin di capai.
And work towards that. Yaqin dan percaya Allah lah yang menapis rijal-rijal yang akan berjuang di jalanNya.
Bukan kita. tidak sama sekali.

Semakin lama kita di jalan ini, semakin banyak tapisan yang akan berlaku. Tapisan tu, adalah tapisan Allah laksana kisah talut dan jalut.
Allah memang menapis golongan-golongan yang benar-benar ikhlas untuk berada di landasan Allah.
dan bukan lah tapisan kita, tapisan murobbi kita, qiyadah - qiyadah kita mahupun apa jua bentuk pengaruh perkara-perkara dunia.
Semuanya berpandukan neraca langit.
Ayuh, lakukan perubahan bermula dari dalam diri kita, dan seterusnya kepada dunia.

Belajarlah membina manusia dengan kasih sayang.

Ini tidak mudah, tetapi memerlukan mujahadah yang besar setiap dari kita. insyaAllah
Agar kita memiliki jiddiyyah (kesungguhan) dan dzatiyyah da'wiyyah y qowiyy! aameenn
Moga cinta kita pada ar rasul dan perjuangannya semakin mendalam. insyaAllah
Yaqinlah dengan janji-janji Allah!

Sunday, February 5, 2012

teruskan langkah

  • Nur Aisyah Zainordin sometimes, time does heal
    10 hours ago ·  ·  1
  • Nur Aisyah Zainordin kawan takkan berubah skrg, lambat laun, asalkan kita tetap istiqamah dengan dakwah ini, akhirnya mereka akan tersentuh
    10 hours ago ·  ·  1
  • Nur Aisyah Zainordin paling penting ikhlas dan teruskan doa..
    10 hours ago ·  ·  1

Sunday, January 15, 2012

istikharah

Istikharah bukan setakat waktu nak memilih sayap perjuangan,

lagi lagi utama memohon pertolongan Allah dalam setiap gerak dan perbuatan kita dalam kita berda'wah kepada Allah.

Aku katakan, membina manusia.

merancang dan membina jiwa-jiwa untuk sama-sama berada dalam saff perjuangan.

agar setiap perancangan dan keputusan yang dibuat benar benar, benar benar datangnya dari Allah.
Ya, dari Allah.

kata-kata seorang ukhti yang hingga saat ini masih segar di jiwaku.

"sebelum jumpa mad'u, (bawak usrah) solat taubat tak dulu?"

T_T

Semakin jiwa menjadi hamba.

Thursday, December 29, 2011

Erti bahagia

laut mati, jordan

Alhamdulillah hingga saat ini kita masih dikurniakan ni'mat iman dan islam.
Ni'mat kesedaran, hati yang penuh sedar berhubung terus dengan Allah.
Hati yang sentiasa berhati-hati, merasai kehadiran Allah dalam setiap tanduk kita.

Semakin lama kita di jalan ini, semakin banyak tanggungjawab yang wajib kita galasi.
Kaget berfikir, dan melaksanakan rencana-rencana da'wah kita untuk membina dan mentarbiyyah manusia mengikut acuan al-quran dan as-sunnah.
Kerna kita tidak ingin mengumpulkan angka-angka kosong akan tetapi ingin membina rijalud da'wah yang bisa menjadi pengubah dunia dengan islam.
Jika aku tidak ditaqdirkan oleh Allah untuk menjumpai hidayah da'wah ini, entah apa yang terjadi pada aku sekarang.
Boleh saja aku disibukkan dengan hal - hal kecil, atau pun merasa allergic terhadap golongan penda'wah di sekeliling aku. Aku akui, itu mindset yang aku miliki sebelum aku menjumpai jalan tarbiyyah.
Akan, tetapi, kita ingin melahirkan generasi pemuda yang bangkit mengembeleng seluruh jiwa dan raga untuk islam.
Sounds easy, but in reality, it's not.

Sepanjang cuti winter aku kali ini. Terlalu banyak sekali yang aku pelajari.
Perjalanan aku mencari cinta di jordan ternyata meninggalkan kesan bermakna dalam hidupku.
Terutama bekal diri aku sendiri untuk menjadi murobbi jua kemanisan keseluruhnya, baik dari segi biah, akhawwat yang berada di sana, tempat yang menambahkan cinta aku pada sirah dan perjuangan baginda, bahasa arab dan bermacam lgi.
Tarbiyyah sepanjang perhimpunan musim sejuk uk eire (PMS) juga sangat indah.
Terlalu banyak yang Allah ingin ajarkan padaku. alhamdulillah.
Melihat seluruh kehidupan aku adalah tarbiyyah sehinggakan aku mengambil masa yang agak lama untuk meng'reflect dan mentadabbur apa jua yang berlaku di sekeliling aku.

Diam tak diam, semakin besar nya aku dalam jalan tarbiyyah ini.
Sehingga kan, seluruh hidup kita ingin digunakan sebaik - baiknya untuk da'wah.
Allah sebenarnya ingin kita benar - benar bersih kembali kepadaNya,
benar - benar ikhlas memegang panji dan obor islam.
Semakin lama ingin Allah bersihkan niat kita untuk apa kita menyerahkan hidup kita untuk da'wah.
Semakain lama semakin pelajari jalan da'wah ini tidak mudah tetapi akan kita rasai kemanisan di setiap saat perjalanan yang kita lalui.



Ukhuwwah kerana Allah ta'ala.
Aku kira kita yang bersama-sama di jalan da'wah pastinya turut merasai kemanisan berukhuwwah kerana Allah.
Biar baru saja berjumpa, tapi kita sudah merasa kan getaran ukhuwwah yang hanya diikatkan dengan ikatan aqidah yang suci.
Ukhuwwah inilah yang menjadi penguat kepada perjuangan kita di atas muka bumi.

Sampaikan salam sayang fillah aku buat ukhty2 tercinta di bumi malaysia.
Aku yaqin, semua yang berada di bumi yang faham akan tanggungjawab besar yang kita miliki,
kesemuanya sedang berusaha sebaik mungkin untuk da'wah insyaAllah.
Moga kita sama2 berjiran di syurga Allah kelak insyaAllah.

Aku hadiahkan sebuah video yang sangat dekat dengan diri kita.
Berbahagialah menjadi orang yang terasing itu. Ayuh, kita pelajari erti tamayyuz. :)

Wednesday, December 7, 2011

Sentuhan Seni




Sewaktu mendapat taujih tarbawi melalui seorang ikhwah MAB di UK ni,
hati ku cukup tersentuh sekali. Ternyata akhawwat yang seangkatan dengan ku juga turut merasai perkara yang sama.
Melihat figure hebat yang memiliki wavelength yang sama dengan kita, cukup membuat hati ku penuh dengan keterujaan. Di sinilah , da’wah kita bukan lah hanya spesifik untuk warga malaysia yang berbangsa Melayu di kota Inggeris, malah, pakcik dan makcik bukan Malaysian yang hebat berda’wah di bumi ini juga memiliki fikrah dan matlamat yang sama. Pengalaman ini pernah juga ku lalui sebelum ini, tapi ternyata kali ini cukup tinggi getarannya.
Sehinggakan setiap dari peserta yang hadir tidak putus-putus melontarkan masalah pada pentaujih itu untuk mendapat sedikit tips dan pencerahan di akhir sesi daurah tersebut.
Baik dari masalah murobbi, mutarabbi, hingga lah ke persoalan baitul muslim. Aku kira topik perkahwinan menjadi topik hangat di masa ini terutama bagi jiwa muda 20-an.
Waktu itu kami diberi pencerahan berkenaan karakteristik Imam Hasan Al-banna yang menjadi bekalan yang cukup besar buat kita semua selaku hamba yang berjalan di atas kafilah da’wah.
Antara salah satu ciri – ciri yang dibentangkan adalah rabbani.
Mana mungkin kita mampu membawa manusia kepada Allah sedang iman kita berada di dalam kelompongan.
Da’wah ini kepada Allah, bersama Allah dan kerana Allah.
Sudah pastinya rijal-rijal yang ingin menginfaqkan diri – dirinya ke jalan Allah memiliki hubungan yang kuat dengan Rabbnya.
Tatkala ujian datang menerpa dari sekecil hingga ke sebesar-besar perkara, Allah lah yang menjadi tempat tumpuan utama saat di landa masalah, dan bukanlah pada ikhwah/akhawwat, blog, facebook dan lain-lain. Tidak aku nafikan faktor lain (e.g : ikhwah/akhawwat) boleh menjadi tempat rujukan kita selepas Allah.
Dan sesi seterusnya, membentangkan tahapan – tahapan da’wah fardiyyah yang padaku satu perkara cukup penting untuk kita fahami dan amalkan dalam kita membawa manusia kepada Allah. Walaupun pernah mendengar taujih berkaitan dengan topik, mahupun membaca tulisan mustafa masyhur bertajuk 7 tahapan da’wah fardiyyah, aku kira saranan – saranan yang diberikan oleh penyampai tersebut cukup membuatkan aku merefleksi terhadap amal – amal yang sudah aku persembahkan buat tuhanku.
Tahapan – tahapan da’wah fardiyyah :
1) Membina hubungan dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi.
2) Membangkitkan iman yang mengendap dalam jiwa.
3) Membantu memperbaiki keadaan dirinya dengan mengenalkan perkara-perkara ketaatan kepada allah dan bentuk – bentuk ibadah yang diwajibkan.
4) Menjelaskan tentang ibadah secara syamil (menyeluruh / komprehensif) tidak hanya terbatas pada masalah solat, puasa, zakat, dan haji sahaja.
5) menjelaskan akan kewajipan menyampaikan agama ini.
6) Menjelaskan bahawa kewajiban di atas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu.
7) menjelaskan tentang kesedaran seorang mad’u terhadap kepentingan sebuah jema’ah.
“Tujuh tahapan di atas ini harus terwujud dan terbentuk dalam jiwa mad’u secara bertahap. Menyalahi urutan tahapan berda’wah dapat menyebabkan penolakan mad’u terhadap pesan-pesan da’wah. Perlu diperhatikan bahawa setiap tahapan yang dilalui bergantung pada tahapan sebelumnya dan sejauhmana pernerimaan terhadapnya”
(Mustafa Masyhur)
Teringat kata-kata seorang murobbi,
“Kita men’DF bukan setakat membina tautan hati, tapi DF yang membina kefahaman”
kata – kata ini sangat menyentak jiwa ku selaku jiwa yang sedang mentarbiyyah orang lain kembali menuju Allah.
Adakala kita terlalu menginginkan anak – anak binaan kita meluncur laju dalam jalan da’wah dan tarbiyyah,
bergerak membawa usrah tanpa disertai dengan ruh dan iman yang mendalam.
Adakala kita tidak betul – betul menyantuni anak – anak binaan kita dan bersabar akan proses perubahan dan tumbesaran mereka di dalam jalan da’wah.
Kita terlalu menginginkan mereka bergerak dengan lajunya membawa obor islam tetapi mereka tidak benar-benar diisi dengan bekalan – bekalan yang sepatutnya!
Umpama sebuah kereta yang disuruh bergerak tanpa diisi petrol yang secukupnya!





"Dakwah fardhiyyah.



Satu cabang dakwah yang membuatkan di sinilah tapak dakwah kita akan bermula. Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah kita memperoleh pengalaman sebagaimana dua’t lain juga membuat kerja yang sama.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah pengorbanan kita dalam segalanya. Masa, harta dan tenaga hanya akan dibazirkan dalam jalan dakwah ini.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah pengembaraan kita untuk merasa kesakitan dalam jalan ini.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah sejarah pembentukan individu Muslim yang baru, seterusnya terus menuju tangga ustaziyatul alam.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, tanda bermulalah proses pentarbiyyahan seorang daie yang juga bakal bergerak seperti kita insyaAllah !
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah satu era anjakan paradigma, bahawa dakwah ini bukan untuk golongan agama sahaja !"
Lalu, apakah stage-stage yang sedang kita lakukan terhadap mad'u - mad'u kita?



Ayuh, mari kita bangunkan jiwa – jiwa yang lena ketiduran untuk kita bangkitkan bersama – sama menelurusi jalan da’wah.
Da’wah itu seni, belajarlah menyentuh hati manusia dengan apa cara sekalipun.
Kembali lah pada Allah kerana Dia sajalah tempat rujukan kita.
Kebahagian seorang murobbi itu apabila melihat anak mutarabbi nya mula berbahasa mengunakan bahasa yang sama.Dan bukanlah disebabkan seninya sentuhan-sentuhan kita, tetapi dengan hidayah, dan petunjuk dari Allah.
Ayuh, terus kita  bina piramid da’wah kita sendiri yang bucunya bermula dari kita. Teruskan mentakwin dan mentajmi’ manusia membawa mereka untuk sama-sama berjalan di jalan da’wah ini. Fokus bukan meramaikan dan sudah tentu tapisan-tapisan Allah itu adalah yang terbaik! Jangan sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran!
Kerehatan bagi pemuda adalah bentuk kelalaianya.Sungguh tiadalah masa untuk kita terus lena dibuai mimpi dan angan – angan yang panjang. Masa depan umat ini di tangan kita.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang rijal yang cukup muda yang sedang bertatih di jalan da’wah. Banyak lagi perkara yang aku wajib pelajari dalam mengemban da’wah yang mulia ini.
Akan tetapi, disebalik kelemahan yang kita miliki, thiqah lah pada Allah terlebih dahulu kemudian diri sendiri yang kita mampu melakukan perubahan hingga tertegaknya islam dan kalimah Allah di atas muka bumi.
Bukankah itu impian kita?
“Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata”
(Al-Baqarah, 2: 193)
“Semangat pemuda Islam di permulaan abad baru..
Seterusnya..
Kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang memeritkan pada seluruh dunia Islam. Serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Tetapi sungguhpun begitu, cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankannya. Walaupun kemenangan belum diperolehi, tapi sekumpulan pemuda Islam telahpun terdidik dan bangkit sedar. Keazaman mereka telah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kepada kita bahawa Islam pasti menang dalam kurun ini”
(Muntalaq)
Rujukan :
7 Tahapan Dakwah Fardiyyah (Mustafa Masyhur)
Allah ghoyatuna

Tuesday, December 6, 2011

Ideal

Apa yang ditetapkan pada kita adalah tarbiyyah yang terbaik dari Allah.
Semestinya tidak ada yang ideal dalam dunia da'wah dan tarbiyyah.
Pastinya punya masalah dan tak seideal yang kita sangka kan.
Ini petanda, kita hanya seorang hamba dan Allah jualah yang Maha Kuasa.
Kita lah yang mencorakkannya berbekalkan petunjuk dr Allah.

Sounds cliché but it's really true.

Ayuh, jangan kita kecairan dek pelbagai faktor yang melanda hidup kita!
Ask Allah for the strength.

Friday, December 2, 2011

Kuli dan Hamba


"Setiap fasa itu ada rijalnya"

Kerana cinta kita kepadaNya, apa jua pun sanggup kita serahkan demiNya.
Hebatnya da'wah ilaAllah ini, meski kita bekerja di medan amal manusia, akan tetapi hati kita terus berhubungan direct dengan Allah.
Satu persatu bentuk ujian yang cuba kita lalui yang setiap darinya memerlukan kekuatan jiwa dan raga. subhanaAllah.
Adakala ingin saja ku lontarkan perasaan dan tanggungjawab yang kita galasi pada orang lain yang mungkin berbeza wavelength.
Tapi apa kan daya, da'wah ini hanya difahami oleh jiwa - jiwa yang betul2 beriman kepada Allah.
Allah mengajari kita untuk betul-betul bergantung padaNya.
Begitulah tarbiyyah mengajar kita, meningkat dan mengembangkan diri yang akan semakin tertunduk di bawah naungan ilahi.
Setiap kali kita merintih meminta kekuatan yang tidak putus-putus dariNya,
setiap kali itu Allah mendatangkan pertolongan2Nya yang dekat,
meski kadang2 kita tak perasan itulah bentuk kekuatan yang ingin Allah hadiahkan.

Dulu kita selalu rasa, kita ini memang dijadikan begitu, dan kita tend untuk sangat2 stick dengan prinsip kita.
Prinsip atau cara kita yang amat kita pegangi. Tak boleh dengan certain-certain perkara, dan tak kan buat kalau perkara itu tak significant dengan hidup kita.
Tapi itulah tarbiyyah mengajar, everything is POSSIBLE if perkara-perkara itu menambahkan iman dan Allah redha dan perkara-perkara yang Allah perintahkan.
Termasuklah wajibnya menjadi saksi ke atas seluruh umat manusia.
Apatah lagi kerja-kerja kita membina manusia yang memerlukan kekuatan jiwa dan ruh.
Tidak dinafikan bebanan itu sememangnya beratttt, untuk mengisi dan membina jiwa manusia yang akhirnya menginfakkan diri-diri mereka bersama-sama mengemban da'wah yang mulia ini.
Sebagaimana qaedah-qaedah sulbah yang dibina oleh Rasulullah dulu menerima fitnah (ujian) yang hebat sewaktu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
Tapi kita ini, nak menyampaikan kalimah al-haq pun masih berat walaupun setitik darah pun tidak mengalir dari tubuh kita!

Tidak aku nafikan, membesarnya aku di jalan da'wah dan tarbiyyah ini adalah disebabkan Allah dan hadiah-hadiah tarbiyyah yang Dia berikan padaku.
Seluruh yang berlaku dalam kehidupan kita adalah bentuk-bentuk tarbiyyah yang ingin Dia ajari pada kita.
Tidak aku nafikan, perkongsian2 dari jiwa - jiwa yang turut sama dalam kafilah da'wah ini sangat membina diriku biarpun medium komunikasinya adalah jaringan alam maya.
Kehadiran2 mereka adalah hadiah yang terbaik buatku.
Gersangnya perkongsian-perkongsian hati ini tidak dapat tidak akan memberi kesan kepada kematangan dan peningkatan pembinaan seseorang individu muslim itu.

Bermulanya islam dalam keadaan asing hingga lah tertegak sebuah tamadun yang menjadi ikutan kepada dunia  cukup menggentarkan jiwa ku.
Betapa sirah itu meneguhkan hati - hati yang berada dalam kafilah da'wah ini.
Disebalik banyak nya kelemahan-kelemahan yang kita ada, Allah memilih kita dan mengangkat kita untuk menjadi penolong-penolong agama Allah.
Justeru itu, yaqinlah pada Allah untuk terus dikurniakan istiqamah dan thabat buat kita.

Dan,
aku hanya selamanya adalah seorang kuli dan hamba, dan Engkau Ya Allah sebagai tuhanku.

Wednesday, November 23, 2011

2 Perkara

Ada dua perasaan, revolve around the similar thing. 

Situasi 1 : 

Sewaktu naik tube london, di saat semua orang tengah duduk2 dalam tube tu, 
ada seorang mat salleh, dengan berani dan punya 'hamasah' dan 'himmah yang tinggi', 
sangat merayu2 pada semua org di sekeliling, n semua orang senyap n dengar. 

"Please, listen to me. Although I'm not really ..
But, please, you need saviour. Believe in Jesus etc etc. Jesus is .. "

Serious terharu. Terharu camna? terharu tengok cara dia berda'wah untuk agama kristian. 
Hebat. Kalau kita pon tak mampu nak berdiri di tengah2 crowd, dalam tube @ lrt klo kat msia,
untuk cerita pasal islam. Ada berani?
Even kalau kat msia yang ramai orang islam pon belum tentu kita berani. 
Selalu kat UK, memang biasa ada 'ceramah'2 kristian, kt town paling biasa tp this time kt dlm tube y first time sy jumpa. 

Ayuh, giga kan da'wah islam kita!

Situasi 2 : 

Di sekolah. Kanak2 year 3 kena perform kinda play for their Christmas.
Memang comel melihat mereka menyanyi2 dengan accent British. Comel!
Tapi dalam masa y sama, 
rasa macam nak nangis, bila tengok dorang nyanyi lagu berkenaan Jesus
Ada 7 songs, and most of the songs revolve around Jesus and their religion. 

Rasa sedih sangat2, kanak2 umur 7 tahun, diperbuat camtu. 
Terfikir, kalau kanak2 ini dicorakkan dengan islam, sudah pastinya mereka boleh jadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fatih, Tariq Ziyad, Salahuddin Al-Ayubi. 

7 tahun. Jiwa yang mentah, perlunya pencorak untuk mewarnai hidup mereka. 
Pada saat ini, kanak2 akan mengikut je apa yang dipelajari di sekeliling mereka. 
Rasa sangat-sangat sedih kerana mereka tak dapat pun keni'matan islam tu. 

But who knows, Allah is the best planner. 
IAllah, pray hard. 

***
The question is, 
Adakah kita sudah benar-benar membina batu - bata yang dashyat untuk membantu membangkitkan islam di atas muka bumi?
Yaqinlah, sinar islam itu pasti kembali meski kita tak dapat melihat semua itu di depan mata kita. 

Monday, November 21, 2011

Pyramid



Tidak akan ada sebuah realiti tanpa adanya mimpi!

Sejauh mana kita telah membina piramid da'wah kita sendiri.
Pyramid da'wah yang bermula dengan seorang, 

disambung oleh seorang, seorang  dan berkembang, dan membiak. 

Pyramid da'wah kita yang bucu atasnya bermula dari kita.



Bumi kota london yang tak pernah mengecewakanku 
untuk mengenal hakikat sebagai seorang hamba!

Saturday, November 12, 2011

13 tahun

Jika ditanyakan kepada kita,

apa yang kita mahukan setelah kita berjaya memasuki syurga Allah dan melihat wajah Allah?

(sudah tentu terbayang bermacam2 keinginan yang kita mahukan, 
termasuk boleh minum sungai arak dan tak payah dah fikir pasal da'wah2 ni!) 

Lalu berkata seseorang, 

"Oh, aku mahu melihat video 13 tahun secara live"

"Haa, video 13 tahun?"

"Aku ingin menyaksikan sendiri dengan mataku, bagaimana perit jerih Rasulullah berda'wah selama 13 tahun di fasa makkah.
Secara live"

"......."

CCTV Allah sudah pastinya lebih agung dari camera-camera kita

Wednesday, October 26, 2011

masih ada waktu


dan itulah, fitrah jiwa itu perlu pada tarbiyyah


untuk memahami
erti pengorbanan
erti mujahadah
erti kepentingan dan prioriti
agama ini tidak semudah yang kita sangka kan. 
memerlukan jiwa dan raga kita yang tegar untuk membumikan da'wah. 
adapun darah kita tidak setitik pun mengalir dek mengemban da'wah ini
lantas, kapan lagi kita mahu menunggu untuk bersiap siaga berkorban??

Monday, September 26, 2011

berat

Setiap dari kita memang punya kekurangan. 





dan kerana da'wah itu sememangnya berat. 


Sesungguhnya kami menurunkan perkataan yang berat kepadamu (Al-Muzammil, 73:5)

Thursday, September 22, 2011

what's the formula?



Tak sabar rasanya untuk pulang ke bumi itu kembali.
Sudah lama rasanya tak dipujuk untuk bermain dengan kata cinta Allah.
dengan kerinduan bertemu Allah.
Ya, mungkin ada, tetapi momentum nya tidak cukup kuat untuk aku betul-betul merasai kehangatannya. 
Dek kerana turun naiknya iman aku sendiri. Sedih T_T.
Seringkali lemas kerana dikeringkan dengan keadaan masyarakat sekeliling yang belum betul memusatkan segala hidupnya untuk Allah.
Memiliki matlamat yang jelas demi tertegaknya daulah islam di atas muka bumi. 
Ya, mungkin ada, tapi masyarakat banyak disibukkan dengan perkara-perkara harus, mengambil urusan agama kat  certain - certain perkara.


Hati ini betul - betul dalam kerinduan untuk disibukkan dengan hal - hal membina manusia secara direct. 
(even cuti kerja da'wah itu tidak pernah henti)


Setiap dari daie ilaAllah, yang dicampakkan ke mana jua tempat di atas muka bumi,
sudah pasti nya dihadapkan dengan pelbagai jenis keadaan da'wah di tempat masing-masing.
Ada yang mungkin baru hendak bercambah, ada yang kekurangan tenaga dek bilangan mad'u yang ramai, ada yang stabil, dan berbagai lagi.
Memerlukan tegarnya iman dalam jiwa untuk menongkah arus manusia!


Kadangkala kita sangat risau memikirkan progress pembinaan rijal - rijal.
Ada yang menjadi, ada yang kurang menjadi dan perlu banyak lagi proses tarbiyyah untuk jiwa itu betul - betul menginfaqkan diri - diri mereka di dalam jalan Allah.
Lalu, kita terusan memikirkan formula - formula untuk membangkit dan melonjakkan iman, himmah dan hamasah rijal - rijal untuk betul - betul berjuang atas jalanNya.
ye, kita wajib memiliki isti'ab hariji dan dakhili yang mantoooooopppppp!
penguasaan macam mana nak tackle mad'u2 kitaaaa
dan juga memahami bagaimana ingin 'membina' da'wah (binaud da'wah)
Seriously la, kita kalau tak disibukkan dengan kerja da'wah, pastinya disibukkan dengan perkara jahiliyyah, 
jahiliyyah dari sekecil kecil perkara hingga sebesar - besarnyaaaa!
Kita pada tahap ini, bukan hanya nak baik untuk diri sendiri je
Selagi kita tak merasaiiiiiiii indah nya bekerja di jalan da'wah,
tidak merasai pengalaman menyentuh jiwa manusia, 
selagi itu kita yang perlu push diri kita untuk betul mengembankan diri di jalan Allah ini. 


Jalan ini memang tak pernah ideal,
disitulah kita cuba belajar meletakkan diri kita dalam saff perjuangan ini.
Memang banyak kelemahan yang kita miliki, tapi yaqinlah setiap dari kita punya kelebihan untuk disumbangkan ke jalan Allah. 
Bukankah Allah menjanjikan balasan syurga buat hamba-hambaNya ini?


dalam jalan ini, memang sangat - sangat perlu belajar dengan cepat.
E.g :Bila dapat pengisian, terus berfikir, camna aku nak sampaikan benda ini.
Perlu dan perlu ada perasaaaaaaannn eager untuk menyampaikan islam, biarpun apa jua keadaan kita.
kita sangat-sangat perlu dibina untuk memiliki sensitivi yang sangat tinggi ke atas semua perkara. 
memiliki penglihatan dari hati yang bersih, bukan sekadar mata kita. 
kadangkala hairan, melihat jiwa - jiwa yang belum lagi betul-betul dibangkitkan.
mungkin tarbiyyah itu perlu disusun kembali, untuk betul2 dibinaaa menjadi rijalud da'wah.



hurmmmmmm
yaqin kahh kitaaaa , kita boleh masuk syurga tanpa berbuat kerja da'wah?

Katakanlah, "Inilah jalanku... aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik" (Yusof, 12:108)


Jalan da'wah ini satu satunya yang menghantar kita ke syurga Allah, tiada jalan lain. 
dengan tertegakknya islam itu menjadi ustaziatul a'lam,
baru lah Allah redha akan kita.
sobss.
tak nak kah kita menjadi salah satu pejuang dalam barisan menegakkan agama Allah?


Cukuplah ayat- ayat Allah dan seerah nabi itu menggetarkan urat nadi kitaaaaa. 

Jom terus belajar dari orang lain. 
Believe it or not,
kita sangat banyak belajar dari orang lain, dan orang sekeliling kita terutama jiwa-jiwa yang turut mendapat sentuhan tarbiyyah. 
Aku bersyukur dikurniakan ukhti - ukhti yang hebat di jalan da'wah biarpunn ada jarak kami yang beribu batuuu terpisah. 


Allah

Kadang - kadang bila makin lama dalam jalan ini,
terasa 'kelakar' jugak, melihat diri sendiri, yang mula disibukkan dengan perkara-perkara da'wah
Dulu pernah memiliki  mindset, yang da'wah - da'wah ni hanya untuk golongan tertentuuu macam ustaz n ustazah. kira kalau orang biasa, biasa jelaa. "tak payah la nk alim sangat :P"
Bila dapat tarbiyyah, sampai satu fasa yang sesuai untuk disedarkan, 
baru sedar, rupanya semua orang wajib membuat da'wah.
Semua orang memiliki tanggungjawab iniii. 
Pelik kan, sampai tahap ini, Allah memberi kita hidayah untuk berada dalam saff jalan da'wah.
Tapi, inilah hadiah terbesar buat kita, ni'mat islam dan iman, dan juga ni'mat kefahaman yang jelass alhamdulillahhh


Rugi laahhh, Rugi laahhh orang - orang yang sudah dibersihkan dengan hidayah Allah,
tapi masih ingin mencampakkan diri - diri ke lembah jahiliyyah.
Tidak membuat kerja da'wah itu pon satu jahiliyyah juga!!
Kita kena tinggalkan kan maksiat supaya kita betul- betul memiliki al - furqan (boleh membezakan yang haq dan batil)
Kalau tak, hidup tercampur - campur laaa. 
Melihat seolah benda - benda jahiliyyah macam perkara biasaaaaaaaa! 


Iman itu perlu dirasai hingga setiap pembuluh darah kita merasai gegarannya.
Iman sahaja faktor penolak seseorang hamba itu.
Moga kita memperoleh syaheed fi sabilillah. aameennn.


Kerana thumuhat kita sentiasa perlu disegarkan!


Lantas, terus terusan kita kaget memikirkan formula terbaik untuk membina manusia!
Dan tidak ada masa lagi untuk berehat santai, kerana rehat seorang daie itu adalah bukti kelalaian!
Jom terus baca buku-buku da'wah dan seerah untuk meningkatkan diri kita. 


"hidup ni tak cukup cakap-cakap je la derr, kena la buat" :D

Saturday, September 10, 2011

Teacher

Jiwa berkobar-kobar.

Ayuh, kita berusaha menjadi murobbi yang muntij al-hakim.

"Jika ada masalah dalam tarbiyyah, pastinya ada masalah dengan murobbi"

Allahu robbi, kami perlukan petunjukMu.

Banyak perkara perlu belajar.

Hadam betul2.

Titik.

Doakan sama :)

JOM kita SERIOUS dengan perjuangan ini. :)

Monday, September 5, 2011

Alkisah raya

Seminggu sudah ramadhan berlalu.
Momentum sedang berusaha untuk maintain dan meningkat, even selalu juga jatuh.

Sekarang semua tengah mood raya lagi kot? Ke tak. Even tengah raya tapi hati dan perasaan kita masih rancak di dalam ruh da'wah dan tarbiyyah. insyaAllah.
Dalam raya2 ni, apa macam amal2 kita? amal da'wah kita? amal fardi kita?
Kadang-kadang seriously boleh cairrrrr dek raya.

Sepanjang raya, apa ibrah yang kita dapat? moga tak menjadi follow the flow, tetapi menjadi pencorak the flow.
Satu perkara besar yang saya peroleh sepanjang minggu raya is,
mengenali masyarakat kita, cara hidup dan cara berfikir dan memandang sebuah kehidupan.
somehow, nampak cliche tapi perkara - perkara ini yang menjadi pusat hidup masyarakat.
diri yang bukan berasal dari family ikhwah, so I face some different approaches and views.

perkara - perkara yang akan pada kebiasaannya menjadi hot topics ketika proses ziarah menziarah,

kisah sanak saudara,
kisah anak-anak,
pelajarannya,
kahwin nya bila,
pekerjaan..

and the list goes on.

masyarakat akan memandang, kalau dah bekerja dan berkahwin, kira macam dah 'selamat'.
ada menantu, keluarga mertua, keluarga besan and so on.
pastu hidup berkeluarga, ada anak-anak, anak2 belajar, dan seterus seterusnya.

Oh! sangat robot.

Kita yang meyaqini risalah da'wah islamiyyah ini.
Membina individu-individu muslim, baitul muslim dan seterus-seterusnya, hingga boleh mencapai ustaziyatul a'lam,
peranan kita menjadi abid dan khalifah menegakkan agama Allah.

dengan kefahaman ini kita hidup dan membina kehidupan yang berhubung terus dengan Allah,
memahami hakikat penciptaan hidup kita di dunia.
melihat masyarakat yang masih lagi jauh dengan islam yang sebenar, dengan sentuhan da'wah dan tarbiyyah jua.

dan sudah semestinya, by the time kita melewati zaman bekerja dan berkahwin, sudah pasti 'gaya hidup' kita mungkin sedikit lain dengan cara hidup masyarakat,
saat itu diri-diri kita sudah pastinya di uji.
mungkin masa belajar, kita belum betul-betul teruji untuk terus thabat dan istiqamah dalam jalan da'wah ini.

*


Alkisah sebuah dialog biasa ibu bapa yang menghantar anak-anak nya sambung belajar.
(hanya rekaan)

ibu ayah: adik, belajar betul - betul tu, medic susah, belajar ngan kawan-kawan bilik.


adik: baik! (sambil muka tersenyum)


ibu ayah: exam buat betul-betul. kalau boleh score ye? doa banyak2, sembahyang jangan tinggal. 

another version

ibu ayah: adik, belajar betul-betul, belajar itu juga da'wah. jangan tinggal usrah. 


adik: baik! (sambil muka tersenyum)


ibu ayah: jaga tarbiyyah diri dan kawan-kawan, cater dorang k. 


*

aku bersyukur atas nikmat hidayahMu dan tarbiyyahMu.

sangat meyaqini, hanya dengan hidayah dan tarbiyyahNya, seorang manusia itu boleh berubah dengan kefahaman.

*

kerja da'wah masih banyak!



(minta maaf atas kekasaran bahasa atau apa-apa, 
ini cara berfikir saya dan bagaimana saya melihat kehidupan)

Friday, August 12, 2011

Clash

Kita yang mengimani risalah da'wah ini.
Melihat pendirian, cara pandang dan prinsip kita sangat 'clash' dengan gaya hidup masyarakat. 
Melihat masyarakat masih dengan rutin dan gaya hidup seperti orang-orang biasa.


Kita dilihat dengan pattern2 tertentu, padahal kita ini sangat membutuhkan da'wah ini,
sangat memerlukan program tarbiyyah, perlukan pada nukleus tarbiyyah kita iaitu usrah untuk membina diri kita menjadi individu muslim.


bukan disebabkan kita ini suka buat benda - benda baik, sebab berasal dari sekolah agama, dan tak suka certain - certain perkara.  
Huh?
Kerana aku ingin hidup dengan tarbiyyah Allah ini yang memberi aku satu kehidupan baru. Allahuakbar. 
dan kerna aku berbuat atas dasar kefahaman islam yang aku yaqini. 


I guess, sepatutnya kaca mata kita sememangnya berlainan dari masyarakat yang kehidupan nya hanya berputar pada sekeliling nya sahaja, pada keluarga, tempat kerja dan orang - orang sekelilng,
dan jugaaaa pada media (televisyen) terutamanya yang mempengaruhi satu 'pattern' kehidupan dan cara berfikir masyarakat. 
Sekurang - kurangnya aku sangat yaqin, cara masyarakat berfikir dan gaya hidup sangattt terpengaruh dari program - program yang ditonton di TV!


Tapi aku sekurang-kurangnya tabik kat certain - certain channel di astro yang semakin islami (e.g - TV alhijrah), biarpun masih ada program2 yang mengagungkan jahiliyyah. Dan pernah juga rasa saat yang program2 di TV tu takde yang menambahkan iman pon. T.T 


Padahal kita ini punya MISI yang lebih BESAR di atas muka bumi ini. 


Tapi apa pun, moga kita punya cara terbaik untuk menyantuni masyarakat sekeliling kita yang banyak ragam dan latar belakang.

Lantas aku tetap bersyukur atas ni'mat hidayah dan iman dan kefahaman yang benar yang aku imani ini alhamdulillah.



Moga Allah memberi kita thabat dan istiqamah dalam jalanNya


Memetik kata - kata syuyukh - syuyukh kita yang sudah lama berada dalam jalan da'wah ini, 


"antum tak teruji lagi waktu sekarang (waktu belajar), kita tengok nanti, bila dah bekerja dan berkahwin, antum thabat lagi atau tidak dalam jalan da'wah ini"


Well, part bekerja dan berkahwin, since aku pon masih kanak - kanak dalam jalan ini, 
perlu banyaakkkk lagi belajar dan mempersiapkan diri untuk perkara - perkara itu. 


Oh! Allah. Aku sangat memerlukanMu. 
Jangan Kau gugurkan setiap dari kami dari saff pejuang - pejuang agamaMu biar apa jua pon keadaan kami. 


Astaghfirllah. Faghfirlana ya Allah. 
Dan paling penting, tugas kita masih banyak!


dan ramadhan dah nak masuk fasa ke2, moga kita terus diberi kekuatan insyaAllah. 

p.s - post ini sangat random. @_@
bru perasan post2 kt blog ni seriyes seriyes kot eh!  hoho.  :P
kerana da'wah ini adalah nadi dan nafas kita  iAllah

Thursday, August 4, 2011

Sinar cahaya itu masih ada



Alhamdulillah. 
Moga Allah terus menititipkan buah - buah kekuatan buat kita semua, 
terutama untuk bersungguh - sungguh beramal dan menjaga mutaba'ah amal kita lebih - lebih lagi dalam ramadhan yang penuh barakah ini. 
Agar a'mal - a'mal itu yang menggerakkan kita, iAllah. 


Suatu pencarian rahmat , keampunan dan pembebasan api neraka. 
Ketaqwaan itu yang kita kejar dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini iAllah 


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(Al-baqarah, 2:183)

Buat hati - hati yang ingin menginfaqkan seluruh hidup kita untuk jalan Allah, 

kadangkala kita tercari - cari kekuatan yang kadangkala lesu, pudar dan hilang. 
mencari mutiara mutiara tarbiyyah , kemanisan iman yang acap kali kita rasai selaku memiliki jiwa yang beriman, 
tarbiyyah diri yang kadangkala tidak tercater, terutama pabila masuk musim cuti, 
kerja da'wah yang tak putus-putus, malah meruntun segala jiwa, fikiran, harta dan masa kita, 
email yang beratus - ratus masuk dalam inbox kita yang mengkhabarkan apa yang berlaku di dunia nyata, 

Allahuakbar. Kadangkala kita pon boleh rasa lost, terasa perlahan pergerakannya, bahkan kita merasakan tidak betul-betul kuat untuk menapaki jalan da'wah yang mulia ini. 



jiwa ini juga selalu begitu,
saat kita merasai betapa dahaganya jiwa kita akan sentuhan-sentuhan tarbawi, 
apatah lagi sentuhan murobbi, saat itulah kita perlu bangkit, 
menjaga level iman kita agar sentiasa dalam keadaan stabil dan meningkat, 
merasai kemanisan berhubung dengan Allah, apatah lagi bercinta dengan Allah. 


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
(Al-Baqarah, 2:186)


Ayuh, kita sama-sama kembali kepada Allah, meluruskan niat-niat kita untuk apa kita melakukan semua ini. 
Kita sangat fahami, jalan da'wah ini sajalah yang menghantar kita ke syurgaNya, tiada jalan lain.
Ayuh, sama-sama kita kuatkan hati - hati kita, biarpun terlalu banyak kelemahan - kelemahan yang kita ada, 
Allah telah memuliakan kita dengan risalah agung ini,
Allah telah memilih hati - hati kita untuk mengemban da'wah yang suci ini, 

Masakan tiada ujian yang diberikan olehNya buat hamba-hambaNya yang beriman.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 
"Kami telah beriman,", dan mereka tidak diuji?"
(Al-Ankabut, 29:2) 


Bukan kita saja yang merasai keperitan ujian, bahkan generasi terdahulu sudah pun merasai yang lebih dasyhat. 
Buat kita yang baru setahun jagung dalam dunia da'wah dan tarbiyyah, sangat perlu menguatkan jiwa-jiwa kita untuk terus tegar berada dalam jalanNya.

Bukankah kita ingin betul - betul menjadi individu-individu muslim yang sempurna muwasafatnya 

lalu menjadi bongkah - bongkah tapak asas ke atas kemenangan islam di atas muka bumi Allah ini. 


Moga Allah terus menitipkan kekuatan-kekuatan buat kita, 
kekuatan iman yang mendalam lalu menggerakkan menjadi amal insyaAllah.
Sungguh jalan da'wah ini tidak mudah, apatah lagi payah, meruntun pengorbanan jiwa, harta, fikiran, masa dan segala-galanya. 

Makin lama kita di jalan ini, makin banyaakkkk pertanggungjawaban yang wajib kita galasi.
Lantas, kitaaa wajibbb menyiapkan diri - diri kita dengan bekalan-bekalan agar kitaaaa tak kan termengah-mengah dipertengahan jalan ataupun terberhenti di mana - mana persimpangan. Nauzubillah. 


Moga Allah memberikan kita thabat, istiqamah dan syahid di dalam jalanNya. 

Moga kita terus mensucikan jiwa-jiwa kita untuk kembali padaNya.
Kembalilah pada Allah, minta dan rayulah padaNya, punca segala kekuatan.

Bersyukurlah atas ni'mat ukhuwwah fillah yang superr cool, 
sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasai ujian-ujian Allah ini, biarpun dalam skala yang berbeza. 
berukhuwwah dan berkasih sayang di atas aqidah yang satu. 


Moga kita sentiasa memiliki himmah aliyyah dan iradah qowiyyah.
Moga Allah mendengar rintihan – rintihan kita di balik tikar sejadah dan gelap malam.
Motivasi terbaik itu datangnya dari Allah.



Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. 
(At-Taubah, 9:111)

Cuba dengar ni :)