Pages

Wednesday, December 7, 2011

Sentuhan Seni




Sewaktu mendapat taujih tarbawi melalui seorang ikhwah MAB di UK ni,
hati ku cukup tersentuh sekali. Ternyata akhawwat yang seangkatan dengan ku juga turut merasai perkara yang sama.
Melihat figure hebat yang memiliki wavelength yang sama dengan kita, cukup membuat hati ku penuh dengan keterujaan. Di sinilah , da’wah kita bukan lah hanya spesifik untuk warga malaysia yang berbangsa Melayu di kota Inggeris, malah, pakcik dan makcik bukan Malaysian yang hebat berda’wah di bumi ini juga memiliki fikrah dan matlamat yang sama. Pengalaman ini pernah juga ku lalui sebelum ini, tapi ternyata kali ini cukup tinggi getarannya.
Sehinggakan setiap dari peserta yang hadir tidak putus-putus melontarkan masalah pada pentaujih itu untuk mendapat sedikit tips dan pencerahan di akhir sesi daurah tersebut.
Baik dari masalah murobbi, mutarabbi, hingga lah ke persoalan baitul muslim. Aku kira topik perkahwinan menjadi topik hangat di masa ini terutama bagi jiwa muda 20-an.
Waktu itu kami diberi pencerahan berkenaan karakteristik Imam Hasan Al-banna yang menjadi bekalan yang cukup besar buat kita semua selaku hamba yang berjalan di atas kafilah da’wah.
Antara salah satu ciri – ciri yang dibentangkan adalah rabbani.
Mana mungkin kita mampu membawa manusia kepada Allah sedang iman kita berada di dalam kelompongan.
Da’wah ini kepada Allah, bersama Allah dan kerana Allah.
Sudah pastinya rijal-rijal yang ingin menginfaqkan diri – dirinya ke jalan Allah memiliki hubungan yang kuat dengan Rabbnya.
Tatkala ujian datang menerpa dari sekecil hingga ke sebesar-besar perkara, Allah lah yang menjadi tempat tumpuan utama saat di landa masalah, dan bukanlah pada ikhwah/akhawwat, blog, facebook dan lain-lain. Tidak aku nafikan faktor lain (e.g : ikhwah/akhawwat) boleh menjadi tempat rujukan kita selepas Allah.
Dan sesi seterusnya, membentangkan tahapan – tahapan da’wah fardiyyah yang padaku satu perkara cukup penting untuk kita fahami dan amalkan dalam kita membawa manusia kepada Allah. Walaupun pernah mendengar taujih berkaitan dengan topik, mahupun membaca tulisan mustafa masyhur bertajuk 7 tahapan da’wah fardiyyah, aku kira saranan – saranan yang diberikan oleh penyampai tersebut cukup membuatkan aku merefleksi terhadap amal – amal yang sudah aku persembahkan buat tuhanku.
Tahapan – tahapan da’wah fardiyyah :
1) Membina hubungan dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi.
2) Membangkitkan iman yang mengendap dalam jiwa.
3) Membantu memperbaiki keadaan dirinya dengan mengenalkan perkara-perkara ketaatan kepada allah dan bentuk – bentuk ibadah yang diwajibkan.
4) Menjelaskan tentang ibadah secara syamil (menyeluruh / komprehensif) tidak hanya terbatas pada masalah solat, puasa, zakat, dan haji sahaja.
5) menjelaskan akan kewajipan menyampaikan agama ini.
6) Menjelaskan bahawa kewajiban di atas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu.
7) menjelaskan tentang kesedaran seorang mad’u terhadap kepentingan sebuah jema’ah.
“Tujuh tahapan di atas ini harus terwujud dan terbentuk dalam jiwa mad’u secara bertahap. Menyalahi urutan tahapan berda’wah dapat menyebabkan penolakan mad’u terhadap pesan-pesan da’wah. Perlu diperhatikan bahawa setiap tahapan yang dilalui bergantung pada tahapan sebelumnya dan sejauhmana pernerimaan terhadapnya”
(Mustafa Masyhur)
Teringat kata-kata seorang murobbi,
“Kita men’DF bukan setakat membina tautan hati, tapi DF yang membina kefahaman”
kata – kata ini sangat menyentak jiwa ku selaku jiwa yang sedang mentarbiyyah orang lain kembali menuju Allah.
Adakala kita terlalu menginginkan anak – anak binaan kita meluncur laju dalam jalan da’wah dan tarbiyyah,
bergerak membawa usrah tanpa disertai dengan ruh dan iman yang mendalam.
Adakala kita tidak betul – betul menyantuni anak – anak binaan kita dan bersabar akan proses perubahan dan tumbesaran mereka di dalam jalan da’wah.
Kita terlalu menginginkan mereka bergerak dengan lajunya membawa obor islam tetapi mereka tidak benar-benar diisi dengan bekalan – bekalan yang sepatutnya!
Umpama sebuah kereta yang disuruh bergerak tanpa diisi petrol yang secukupnya!





"Dakwah fardhiyyah.



Satu cabang dakwah yang membuatkan di sinilah tapak dakwah kita akan bermula. Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah kita memperoleh pengalaman sebagaimana dua’t lain juga membuat kerja yang sama.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah pengorbanan kita dalam segalanya. Masa, harta dan tenaga hanya akan dibazirkan dalam jalan dakwah ini.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah pengembaraan kita untuk merasa kesakitan dalam jalan ini.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah sejarah pembentukan individu Muslim yang baru, seterusnya terus menuju tangga ustaziyatul alam.
Bermulanya dakwah fardhiyyah, tanda bermulalah proses pentarbiyyahan seorang daie yang juga bakal bergerak seperti kita insyaAllah !
Bermulanya dakwah fardhiyyah, bermulalah satu era anjakan paradigma, bahawa dakwah ini bukan untuk golongan agama sahaja !"
Lalu, apakah stage-stage yang sedang kita lakukan terhadap mad'u - mad'u kita?



Ayuh, mari kita bangunkan jiwa – jiwa yang lena ketiduran untuk kita bangkitkan bersama – sama menelurusi jalan da’wah.
Da’wah itu seni, belajarlah menyentuh hati manusia dengan apa cara sekalipun.
Kembali lah pada Allah kerana Dia sajalah tempat rujukan kita.
Kebahagian seorang murobbi itu apabila melihat anak mutarabbi nya mula berbahasa mengunakan bahasa yang sama.Dan bukanlah disebabkan seninya sentuhan-sentuhan kita, tetapi dengan hidayah, dan petunjuk dari Allah.
Ayuh, terus kita  bina piramid da’wah kita sendiri yang bucunya bermula dari kita. Teruskan mentakwin dan mentajmi’ manusia membawa mereka untuk sama-sama berjalan di jalan da’wah ini. Fokus bukan meramaikan dan sudah tentu tapisan-tapisan Allah itu adalah yang terbaik! Jangan sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran!
Kerehatan bagi pemuda adalah bentuk kelalaianya.Sungguh tiadalah masa untuk kita terus lena dibuai mimpi dan angan – angan yang panjang. Masa depan umat ini di tangan kita.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang rijal yang cukup muda yang sedang bertatih di jalan da’wah. Banyak lagi perkara yang aku wajib pelajari dalam mengemban da’wah yang mulia ini.
Akan tetapi, disebalik kelemahan yang kita miliki, thiqah lah pada Allah terlebih dahulu kemudian diri sendiri yang kita mampu melakukan perubahan hingga tertegaknya islam dan kalimah Allah di atas muka bumi.
Bukankah itu impian kita?
“Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata”
(Al-Baqarah, 2: 193)
“Semangat pemuda Islam di permulaan abad baru..
Seterusnya..
Kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang memeritkan pada seluruh dunia Islam. Serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Tetapi sungguhpun begitu, cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankannya. Walaupun kemenangan belum diperolehi, tapi sekumpulan pemuda Islam telahpun terdidik dan bangkit sedar. Keazaman mereka telah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kepada kita bahawa Islam pasti menang dalam kurun ini”
(Muntalaq)
Rujukan :
7 Tahapan Dakwah Fardiyyah (Mustafa Masyhur)
Allah ghoyatuna

No comments: