Pages

Thursday, December 29, 2011

Erti bahagia

laut mati, jordan

Alhamdulillah hingga saat ini kita masih dikurniakan ni'mat iman dan islam.
Ni'mat kesedaran, hati yang penuh sedar berhubung terus dengan Allah.
Hati yang sentiasa berhati-hati, merasai kehadiran Allah dalam setiap tanduk kita.

Semakin lama kita di jalan ini, semakin banyak tanggungjawab yang wajib kita galasi.
Kaget berfikir, dan melaksanakan rencana-rencana da'wah kita untuk membina dan mentarbiyyah manusia mengikut acuan al-quran dan as-sunnah.
Kerna kita tidak ingin mengumpulkan angka-angka kosong akan tetapi ingin membina rijalud da'wah yang bisa menjadi pengubah dunia dengan islam.
Jika aku tidak ditaqdirkan oleh Allah untuk menjumpai hidayah da'wah ini, entah apa yang terjadi pada aku sekarang.
Boleh saja aku disibukkan dengan hal - hal kecil, atau pun merasa allergic terhadap golongan penda'wah di sekeliling aku. Aku akui, itu mindset yang aku miliki sebelum aku menjumpai jalan tarbiyyah.
Akan, tetapi, kita ingin melahirkan generasi pemuda yang bangkit mengembeleng seluruh jiwa dan raga untuk islam.
Sounds easy, but in reality, it's not.

Sepanjang cuti winter aku kali ini. Terlalu banyak sekali yang aku pelajari.
Perjalanan aku mencari cinta di jordan ternyata meninggalkan kesan bermakna dalam hidupku.
Terutama bekal diri aku sendiri untuk menjadi murobbi jua kemanisan keseluruhnya, baik dari segi biah, akhawwat yang berada di sana, tempat yang menambahkan cinta aku pada sirah dan perjuangan baginda, bahasa arab dan bermacam lgi.
Tarbiyyah sepanjang perhimpunan musim sejuk uk eire (PMS) juga sangat indah.
Terlalu banyak yang Allah ingin ajarkan padaku. alhamdulillah.
Melihat seluruh kehidupan aku adalah tarbiyyah sehinggakan aku mengambil masa yang agak lama untuk meng'reflect dan mentadabbur apa jua yang berlaku di sekeliling aku.

Diam tak diam, semakin besar nya aku dalam jalan tarbiyyah ini.
Sehingga kan, seluruh hidup kita ingin digunakan sebaik - baiknya untuk da'wah.
Allah sebenarnya ingin kita benar - benar bersih kembali kepadaNya,
benar - benar ikhlas memegang panji dan obor islam.
Semakin lama ingin Allah bersihkan niat kita untuk apa kita menyerahkan hidup kita untuk da'wah.
Semakain lama semakin pelajari jalan da'wah ini tidak mudah tetapi akan kita rasai kemanisan di setiap saat perjalanan yang kita lalui.



Ukhuwwah kerana Allah ta'ala.
Aku kira kita yang bersama-sama di jalan da'wah pastinya turut merasai kemanisan berukhuwwah kerana Allah.
Biar baru saja berjumpa, tapi kita sudah merasa kan getaran ukhuwwah yang hanya diikatkan dengan ikatan aqidah yang suci.
Ukhuwwah inilah yang menjadi penguat kepada perjuangan kita di atas muka bumi.

Sampaikan salam sayang fillah aku buat ukhty2 tercinta di bumi malaysia.
Aku yaqin, semua yang berada di bumi yang faham akan tanggungjawab besar yang kita miliki,
kesemuanya sedang berusaha sebaik mungkin untuk da'wah insyaAllah.
Moga kita sama2 berjiran di syurga Allah kelak insyaAllah.

Aku hadiahkan sebuah video yang sangat dekat dengan diri kita.
Berbahagialah menjadi orang yang terasing itu. Ayuh, kita pelajari erti tamayyuz. :)

No comments: