Pages

Saturday, June 18, 2011

we should revive!


melihat sistem pentarbiyyahan kita
sejauh mana kita boleh menghasilkan kader kader da'wah yang sejati,
sejauh mana kita telah membina mereka menjadi penda'wah yang ikhlas?

aku melihat bagaimana kita ditarbiyyah untuk menjadi generasi - generasi pembangkit agama Allah di atas muka bumi.

kita ini generasi pemuda yang bisa bangkit dengan iman dan taqwa
pemuda yang tinggi semangatnya,
pusat pemikiran dan jiwa kita hanyalah untuk Allah, hanyalah untuk da'wah,
jua tidak putus-putus memikirkan perihal umat yang kita cintai.
mana mungkin imam hasan al-banna tidak punya masa untuk diri sendiri tetapi diisi setiap masa dan saatnya untuk islam.

orang yang beriman itu tidak redha jika orang lain tidak memahami dan bera'mal dan membuat kerja da'wah.

kita ditarbiyyah untuk menjadi proaktif, berfikir untuk kebaikan agama dan ummat ini,
belajar dan sentiasa membuka diri untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah,
bukan hanya menunggu untuk disuap, dan disediakan itu dan ini,
tapi kita lah yang perlu menjadi golongan pemikir untuk da'wah Allah ini,
bagaimana mahu mengalirkan kefahaman - kefahaman yang kita miliki kepada jiwa-jiwa lain.

JELAS, jika kita tidak disediakan dan difahamkan dengan medan a'mal,
akibatnya, diri kita akan jadi stagnant! dan tidak meningkat!
dalam tarbiyyah ini perlu peningkatan!

sungguh, umat ini memerlukan penda'wah yang jelas amalnya, juga jelas kefahamannya
untuk mereka sama-sama menyalakan obor islam dalam hati masyarakat.

aku menulis kerana melihat generasi pemuda masa kini kadangkala sangat kabur dengan jahiliyyah
masih tidak faham prioriti dalam hidup walaupun sudah lama di alam tarbiyyah
mereka ini perlu disedarkan untuk bangkit!
kita tidak mahu menjadi beban pada da'wah,
kita perlu sedar kita lah qaedah sulbah yang dipilih oleh Allah untuk membangkitkan agama ini.

kita perlu bangkit! kita perlu bangkit! jiwa, hati dan perasaan kita perlu bangkit!
setiap saat yang kita biarkan tanpa a'mal akan memberi kesan pada pudarnya cahaya islam dalam jiwa umat!
tidak kah engkau sensitif?

kita tidak lagi bera'mal hanya untuk kebaikan diri sendiri,
tetapi terus memikirkan bagaimana ingin mengembalikan manusia kepada Allah
dan juga diri kita perlu menyiapkan segala persiapan, iman dan aqidah yang benar, tarbiyyah dzatiyyah diri yang mantap,
kefahaman yang jelas, penguasaan agama yang meluas dalam apa jua perkara.
agar kekuatan - kekuatan itu bisa menolak kita untuk terus bekerja di jalan Allah.

kerana kita adalah model buat agama ini,
tidakkah engkau sedar?

sungguh, kita tidak punya masa lagi untuk menjadikan diri kita hamba kepada jahiliyyah,
tapi kita perlu bangkit menentang arus jahiliyyah yang semakin dasyat ini.
ummat ini sedang tenat wahai sahabatku.
tidak faham matlamat penciptaan kita di dunia ini,
hidup di muka bumi hanya untuk kepuasan diri sendiri.
sedih sedih dan sedih.

apa engkau punya masa kosong lagi?

sibukkan diri kamu dengan islam dan da'wah, nescaya diri kita tidak sempat untuk pesta-pesta jahiliyyah!

kerana ini adalah penghormatan BESAR dari Allah buat kita,
kerana rehat kita juga hanya di syurga.

ayuh, terus optimis dengan jalan da'wah ini meski ujian mehnah menghiasi jalan - jalan kita.

insyaAllah

2 comments:

mylittlepencil said...

Assalamualaikum...suka setiap ayat...jatuh cinta dan termuhasabah dgn stiap away...bestnyeeeee...


suka ayat ini.

aku menulis kerana melihat generasi pemuda masa kini kadangkala sangat kabur dengan jahiliyyah
masih tidak faham prioriti dalam hidup walaupun sudah lama di alam tarbiyyah
mereka ini perlu disedarkan untuk bangkit!
kita tidak mahu menjadi beban pada da'wah,
kita perlu sedar kita lah qaedah sulbah yang dipilih oleh Allah untuk membangkitkan agama ini.


wah, tersergah jiwa pemuda ana...jzkk ukhti ya...

slm ukhuwwah fillah ;)

fieqa said...

haza min fadhli rabbi :)

hee. iAllah.

sama2 kitaaa iAllah :)

moga thabat, istiqamah dlm jalanNya iAllah! :)


with love fillah,
fieqa,
canterbury <3