Pages

Wednesday, November 9, 2011

Are we?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Alhamdulillah, atas segala ni'mat terbesar iman dan islam yang masih Allah kurniakan pada kita hingga saat ini.
Aku kira sudah lama tidak aku nukilkan cebisan-cebisan hati yang menjadi buah kekuatan terutama buat diri aku sendiri.
Diri yang sedang merantau di bumi yang keringnya dengan percikan iman malah disibukkan dengan kelajuaan jahiliyyah.
Akan tetapi masih aku temui jiwa-jiwa yang ingin merasai apa itu keni'matan yang asli datangnya dari Allah  dan apa erti sebenar kehidupan.
Di sini aku menjumpai pelbagai jenis ragam manusia, paling terutama targeted mad'u ku sendiri iaitu jiwa-jiwa muslim yang beridentiti kan melayu.


Apabila kita perkatakan perihal da'wah dan tarbiyyah, sudah pastinya frasa-frasa tarbawi terpacul dari mulut-mulut kita. Kita selaku jiwa pemuda yang tinggi hamasah dan himmah, sedaya upaya ingin mengemban diri kita untuk da'wah yang mulia ini.
Apabila taqdirNya Allah menghantar ku untuk menyinarkan cahaya islam di waqi' ku sendiri,
aku belajar untuk mengeluarkan diriku dari lembah kebiasaan; comfortable zone yang terlalu selesa.
Da'wah ini mengajar kita untuk betul-betul berkorban demi Allah, sehinggalah kepada perasaan-perasaan kita yang wajib dikorbankan!
Dalam da'wah itu tiada yang mustahil, segalanya dengan izin Allah.
dan Allah menginginkan 'tangan-tangan' hambaNya untuk memenangkan agama Allah ini di atas muka bumi.

Sewaktu menerima taujihat-taujihat dari super2 murobbi,
ia amat menggentarkan iman ku untuk aku betul2 berkorban demi Allah.
Dan itu adalah hidayah dan petunjuk terbaik dari Allah, kasih dan sayangNya terhadap hamba-hambaNya.
Untuk betul-betul membina mutarabbi2 yang dipertanggungjawab kan oleh Allah terhadapku,
biar aku ini punya banyak kelemahan. Terlalu banyak.
Kelemahan2 itu yang kita perbaiki untuk menciptakan kesempurnaan.
Mungkin aku sendiri perlu refleks, terlalu banyak kelompongan yang ada dalam diri ku sendiri,
dari keadaan imanku yang sentiasa turun dan naik, aspek penguasaanku, kefahaman ku, mutaba'ah amal ku, dan juga ukhuwwah yang kadangkala terabai.
dan adakala juga, kita ini tidak betul2 menjadikan islam dan da'wah itu menjadi prioriti dalam semua perkara.
Moga kita tidak sering menyalahkan keadaan mutarabbi yang tidak menjadi, akan tetapi perlu mengkoreksi diri kita sendiri, adakah kita benar-benar sudah tajarrud pada jalan da'wah ini?


Aku yang masih kanak-kanak di jalan ini sudah pastinya merasai cemburu melihat jiwa-jiwa yang berkorban sesungguh-sungguhnya untuk da'wah dan tarbiyyah.
Di setiap inci bumi ini sudah menerima sentuhan darinya. SubhanaAllah!

Dan aku juga belajar, dalam da'wah ini, adakala kita tak perlu banyak bercakap kerana bercakap boleh mengundang pada dosa, akan tetapi kita berjalan lah dengan amal-amal kita,
amal - amal muntij yang membantu kepada kebangkitan islam itu sendiri insyaAllah.

Satu lagi perkara which sangat strike prinsip yang aku pegang,
adakala kita terlalu ghairah untuk melahirkan rijal-rijal yang boleh menginfaqkan segala-galanya demi da'wah, dan jua membina rijal yang boleh membina orang lain.

Tidak dinafikan memang itu adalah target da'wah kita, da'wah yang muntji,
tapi adakala, keadaan tak se'ideal yang kita impikan.
Kerna tak semua mad'u mampu membina manusia, dek pelbagai faktor, (kekeringan bi'ah solehah, support sistem dan pelbagai lagi)
Sekurang-kurangnya, kita perlu ada target untuk membina mereka dengan muwasafat2 tarbiyyah dan menggunakan potensi-potensi mereka untuk melajukan lagi perjalanan da'wah kita, meski pun mereka tidak mempunyai anak-anak usrah!

Apa-apa pun, segala kekuatan datangnya dari Allah,
jika kitaa kehilangan kekuatan, kembali dan bertaubat lah kepada Allah,
kerana di situ punca kekuatan.



SubhanaAllah.
Moga kita sama-sama dikurniakan keberkatan masa untuk memanfaatkan setiap saat demi Allah!
Moga kita sama-sama dikurniakan thabat dan istiqamah dan boleh bertemu di syurga Allah.

insyaAllah.

Buat masa ini, aku lebih gemar berkarya melalui medan seni. Doakan!
Jom lawat : http://muharikah.com/wallpapers/

No comments: